Barang Wajib Ada Ketika Berpantang

Bakal ibu yang pertama kali menyambut kelahiran bayi pasti teruja dan takut dalam masa yang sama. Ditambah pula dengan keterujaan dalam menyediakan barang keperluan untuk diri sendiri dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

Di sini kami kongsikan barang-barang yang perlu ada selepas proses kelahiran berakhir. Secara asasnya, ada 2 pecahan besar barang yang perlu disediakan semasa tempoh berpantang iaitu:

  1. Barang berpantang untuk ibu
  2. Barang untuk bayi baru lahir (newborn)

 

1. Barang Berpantang Untuk Ibu

Ramai ibu muda yang keliru cara berpantang yang betul. Cara paling mudah untuk difahami boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah.

 

Keperluan Asas Ibu Semasa Berpantang

  • Param – Losyen herba yang disapu pada perut sebelum berbengkung dan tapak kaki sebelum berstokin
  • Pilis – Campuran herba yang disapu pada kepala dan leher untuk mengelakkan angin naik ke kepala
  • Minyak Urut – Herba yang dijadikan minyak untuk di sapukan seluruh tubuh ketika urutan
  • Jamu – Campuran herba terpilih khusus untuk pembaikpulihan tubuh dari dalam
  • Herba mandian – Adunan pelbagai jenis daun yang di rebus untuk dijadikan bilasan akhir
  • Lulur dan skrub – Scrub herba yang digunakan untuk menghilangkan sel kulit mati dan mencantikkan kulit
  • Stokin pantang – Dipakai ketika di dalam pantang untuk mengelakkan angin dan sakit urat

 

Bertungku

Tujuan bertungku adalah:

  • Melegakan otot selepas bersalin
  • Detoks dengan mengeluarkan air berlebihan dari badan
  • Mengecutkan rahim
  • Melancarkan pengaliran darah

Pelbagai cara dan jenis tungku boleh digunakan seperti:

  • Tungku besi
    • Kaedah orang lama di mana tungku besi perlu dibakar di atas api, lalu di bungkus dengan daun herba serta dibalut dengan kain untuk bertungku.
    • Memerlukan effort yang lebih kerana perlu mencari daun segar untuk membalut tungku. Tungku tahan panas yang lama.
  • Tungku batu sungai
    • Boleh dibakar terus di atas api serta memerlukan daun herba untuk dibungkus serta di balut dengan kain untuk bertungku.
    • Dapat membekalkan haba yang lama.
  • Tungku herba batu sungai
    • Tungku Batu sungai yang sudah siap di lapik dengan daun herba asli yang di keringkan serta di balut dengan kain bagi memudahkan ibu bertungku.
    • Boleh dipanaskan di atas burner, di stimkan atau di bakar di atas non-stick pan setelah di balut dengan aliminium foil (bagi menjaga kain tungku )
    • Tidak perlu mencari daun herba fresh kerana herba sudah siap di keringkan.

 

Berbengkung

Tujuan bertungku adalah:

  • Mengecutkan rahim
  • Mengembalikan bentuk badan seperti sebelum bersalin
  • Mengampu peranakan

Jenis bengkung yang ada di pasaran sekarang:

  • Bengkung bertali
    • Bengkung tradisi yang biasa dipakai sejak zaman dahulu dengan tali panjang yang boleh diikat ketat .
    • Memerlukan skill untuk mengikat tali bengkung dan sebaik-baiknya ada pembantu untuk memegang bengkung agar lebih kemas ketika di pakai.
  • Bengkung zap (velcro)
    • Bengkung moden yang dilengkapi velcro yang mudah laras mengikut kesesuaian dan keselesaan ibu.
    • Boleh di pakai sendiri tanpa bantuan
    • Mudah ke toilet dan pakai semula.
    • Sesuai untuk ibu bersalin czer  kerana boleh dilaraskan agar tidak terlalu ketat.
  • Bengkung zip
    • Sama seperti bengkung tradisi tetapi dilengkapi zip di sebelah agar mudahke bilik air.
    • Memerlukan kaedah ikatan yang sama dengan bengkung tradisi, namun tidak perlu dibuka semula jika ingin ke bilik air, cuma perlu buka zip sahaja.
  • Bengkung jawa
    • Bengkung dengan kain yang panjang serta perlu di silangkan sendiri.
    • Memerlukan kemahiran mengikat bengkung agar dapat di pakai dengan kemas

 

Bertangas

Tujuan bertangas adalah:

  • Melancarkan darah nifas
  • Mengecutkan rahim dan salur darah
  • Detoks dengan berpeluh
  • Membuang angin dalam badan

Bertangas ada 2 jenis iaitu

  1. Bertangas basah
    • Besen tangas – Sitzbath di letakkan di dalam mangkuk jamban dengan rebusan herba serta garam bukit. Ibu perlu memakai kain dan duduk di atas Sitzbath dan wapkan kawasan intim.
    • Herba tangas – Herba campuran yang baik untuk membantu pemulihan rahim dan mengecutkan rahim
    • Serbuk manjakani – Baik untuk pemulihan luka
    • Garam Bukit – Membantu mengelakkan jangkitan pada luka
  2. Bertangas kering
    • Batu sungai – Batu Sungai dibakar di atas api , kemudian di letakkan herba tangas. Ibu perlu berdiri di atas batu berkenaan dengan memakai kain ikat di dada serta wapkan kawasan intim secara berdiri.
    • Herba tangas – Herba campuran yang baik untuk membantu pemulihan rahim dan mengecutkan rahim
    • Serbuk manjakani – Baik untuk pemulihan luka
    • Daun herba – Memulihkan saraf dan menyegarkan badan

 

Berurut

Tujuan berurut adalah:

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengelakkan angin meroyan dan bentan
  • Mengembalikan rahim ke kedudukan asal
  • Melegakan otot selepas bersalin
  • Baik untuk emosi ibu selepas bersalin

 

Makanan Pantang

Tujuan:

  • Membantu pemulihan tubuh
  • Mengelakkan angin dan kembung perut pada bayi yang menyusu badan
  • Meningkatkan penghasilan susu badan
  • Mengecutkan rahim
  • Memperbaiki salur darah
  • Mengelakkan sembelit. Antara punca sembelit adalah disebabkan oleh kurangnya minum air, dan pengambilan sayur dan buah-buahan semasa tempoh berpantang. Masalah sembelit boleh diatasi dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang boleh diambil semasa berpantang seperti pegaga, limau, sawi dan epal hijau.

Antara makanan pantang yang sangat digalakkan dalam tempoh berpantang adalah:

  • Serunding halia – Baik untuk membuang angin dan air berlebihan dalam tubuh
  • Lobak putih – Membantu menambah susu badan
  • Ikan bilis – Meningkatkan selera makan ibu ketika berpantang
  • Peria – Baik untuk salur darah dan pemulihan tubuh
  • Bawang putih – Melancarkan salur darah dan membuangkan angin dari badan

 

Penjagaan Kecantikan Badan Ibu

Antara masalah yang selalu terjadi pada ibu selepas bersalin

  • Selulit – Boleh di rawat dengan suplemen dalaman yang baik untuk kulit , scrub badan dan losyen
  • Kulit kusam – Boleh di rawat dengan scrub badan serta losyen yang membantu memutihkan dan melembabkan kulit

 

2. Barang Bayi Baru Lahir (Newborn)

Barang keperluan untuk bayi baru lahir (newborn):

  • Mandian kuning – mempercepatkan turun bacaan kuning pada bayi
  • Minyak Telon – digunakan untuk mengelakkan kembung perut, memberikan ketenangan pada bayi dan membantu tumbesaran
  • Mandian biasa – penjagaan kebersihan bayi dengan penggunaan sabun yang mesra newborn
  • Minyak rambut – melebatkan dan menyihatkan rambut bayi
  • Herbal baby cream – mengelakkan ruam pada muka dan lampin dan membantu melegakan selesama dan batuk ringan
  • Barut bayi – mengelakkan kembung perut
  • Tungku bayi – mengelakkan kembung perut dan angin pasang pada bayi lelaki
  • Barang keperluan penyusuan badan seperti:
    • Pam susu
    • Botol simpanan susu
    • Breastmilk storage bag
    • Icepack dan icebrick
    • Milk collector
    • Bra penyusuan
    • Suplemen tambah susu

 

Telah kami kongsikan cara dan barang keperluan yang wajib ada semasa tempoh berpantang untuk ibu-ibu yang bakal bersalin. Semoga perkongsian ini dapat membantu dalam persediaan anda untuk menyambut kelahiran baru nanti.

Jika anda mencari barang-barang keperluan berpantang seperti yang dikongsikan di atas, kami sangat mengesyorkan produk UMMIALYA.

UMMIALYA mempunyai rangkaian produk lengkap untuk keperluan ibu dan anak, khususnya selepas bersalin dan semasa pantang.

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG UMMIALYA <<<

 

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain.